Aktiviti

Bengkel EDUWEB TV

Satu bengkel Eduweb TV telah diadakan pada 26 Mac 2011 kepada guru-guru Sekolah Kebangsaan St. Francis. Bengkel tersebut yang telah dijalankan di Makmal Komputer Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Melaka telah dihadiri oleh 39 orang guru termasuk pentadbir. En. Rosidi b. Umar telah dijemput sebagai penceramah pada hari tersebut. Diharap bengkel tersebut dapat memberikan pengetahuan kepada guru-guru akan kepelbagaian sumber bahan p&p mengikut kemajuan teknologi. Terima kasih daun keladi kepada Pengetua SMK Tinggi Melaka kerana mengizinkan pihak kami untuk menggunakan segala kemudahan di makmal komputer. 


Semuanya sedang serius cuba menembusi laman web...... tension bila tak dapat masuk...

 Rehat jap..isi minyak dulu....lepas ni nak sambung lagi...



 

 


Jurugambar yang sempat bergambar.....






Kita akan adakan lagi bengkel seperti ini di masa akan datang.....


Terima kasih daun keladi......
Ilmu tuan akan kami tuntut lagi.....

No comments: